Ceramah2 Terkini

Ceramah2 Terkini

Tuesday, May 29, 2012

Acknowledge Mail

INFORMATION-DETAILS.

ATTENTION TO THE OWNER OF THIS EMAIL ADDRESS

We are delighted to inform you of our Post Code Lotto prize award held
in Rotterdam-Netherlands. This lotto awards is fully based on an
electronic selection, Winners were picked by computerized system, drawn
from over 43,000,00 companies and individuals e-mail addresses worldwide.
This award is officially announced in Rotterdam-Netherlands, Your email
ID has hereby been approved alump sum pay out of ?1,500,000 Euro in cash
credit file Ref: GNP501/731KW, Batch: AM72/PGS27/09FC, Winning No:
DC61/PDN32/01NL

Note: No ticket was sold in this prize award, winners were randomly
selected from electronic online world wide. Simply contact Our Foreign
Financial Office by email with the following (1)Full name (2)Telephone,
(3) Nationality, for your prize claim immediately.

Dhr.P.W Van Hann
e-mail:advocatenwolgangan@aol.nl

Congratulations! once again.

Yours in service,
Mw. F.A.H. Wielage
(Dpt Sec.)

----------------------------------------------------------------
This message was sent using IMP, the Internet Messaging Program.

Sunday, May 27, 2012

Acknowledge Mail

Information-Details.

ATTENTION TO THE OWNER OF THIS EMAIL ADDRESS

We are delighted to inform you of our Post Code Lotto prize award held
in Rotterdam-Netherlands. This lotto awards is fully based on an
electronic selection, Winners were picked by computerized system, drawn
from over 43,000,00 companies and individuals e-mail addresses worldwide.
This award is officially announced in Rotterdam-Netherlands, Your email
ID has hereby been approved alump sum pay out of ?1,500,000 Euro in cash
credit file Ref: GNP501/731KW, Batch: AM72/PGS27/09FC, Winning No:
DC61/PDN32/01NL

Note: No ticket was sold in this prize award, winners were randomly
selected from electronic online world wide. Simply contact Our Foreign
Financial Office by email with the following (1)Full name (2)Telephone,
(3) Nationality, for your prize claim immediately.

Dhr.P.W Van Hann
e-mail:advocatenwolgangan@aol.nl

Congratulations! once again.

Yours in service,
Mw. F.A.H. Wielage
(Dpt Sec.)

----------------------------------------------------------------
This message was sent using IMP, the Internet Messaging Program.

Wednesday, May 23, 2012

Fwd: FW: Status update pondok Pondok Ahmad Nahu: Allah Melihat Apa Yg Kita Buat - saham akhirat


 Assalamualaikum tuan/puan

              Sempena kedatangan bulan ramadhan , dan di dlm bulan rejab nie saya amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat menyumbang kearah pembaikan Madrasah Ahmad Nahu, di pendalaman Sik, Kedah.  Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan/puan. Setakat ini, pihak pondok baru mencapai 1/3 daripada target.

          

        Sumbangan untuk projek ini boleh disampaikan melalui account AGROBANK bernombor 1-00-5101-00003934-0 diatas nama " MADRASAH AHMADIAH ADDINIYAH ISLAMIAH".  Saya hanya mohon makluman kepada "Abdul Sattar" <Abdul_Sattar@jabil.com>,  melalui email diatas untuk tujuan record.


Dan di dlm surau jabil nie saya ada sediakan tabung utk kita sama2 menyumbang di dlm saham akhirat nie. Semoga sumbangan yg disumbangkan ini dpt menyiapkan sebuah surau yg akan digunakan sepenuhnya oleh pelajar2 dan pahala kpd kita si penyumbang akan berkekalan hingga hari akhirat, insyaallah. marilah kita sama2 menyumbang dan kutipan utk fasa 1 akan saya lanjutkan sehingga 06 JULY 2012.

 

"Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada setiap tangkai pula ada 100 biji. Allah melipatgandakan ganjaran sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 261)


             Disertakan article article yang lalu yang ditulis oleh rakan-rakan saya berkenaan pondok ini. Moga ada manafaatnya.

 

 

  

   

Jln-Jln Masuk Kg: Allah Melihat Apa Yg Kita Buat

Alhamdulillah, penglibatan dalam gerak kerja NGO telah membawa dan mendedah kami kepada kawasan-kawasan yang begitu pedalaman, walau pun masih dalam Malaysia, tapi sesetengahnya tiada liputan TV dan tiada papan iklan "Ini wilayah Celcom/Maxis atau pun Digi". Bertemu dengan pelbagai kisah yang sebelum ini cuma sesekali muncul tersiar di kaca-kaca TV atau pun media arus perdana, membuatkan kami jadi lebih bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja kebajikan ini.

Di weekend yang lalu, saya selaku Pengerusi CSR (Corporate Social Responsibility) di tempat kerja dan bersama seorang lagi sahabat, sdra Aznee yang mewakili team team CSR kilang beliau dan Tn Haji Fendi, Pengerusi Surau sebuah kilang di Kulim Hitech Park, kami masuk ke kampung-kampung di pedalaman Sik, Kedah dalam agenda kami bagi mencari senarai keluarga yang bakal kami kemukakan kepada kilang masing-masing untuk aktiviti amal di bulan ramadhan mendatang.

Riki/survey kami untuk seketika terhenti di sebuah perkampungan pondok, yang beberapa bulan lepas pernah kami kunjungi ke sana.

Waktu itu, kedatangan kami telah dimaklumkan terlebih dahulu; lantas dengan segala kekurangan yang ada, hampir seratus orang anak murid Ustaz Kamil, Mudir pondok berkenaan bertungkus lumus bergotong royong memasak dan mengadakan kenduri menyambut kunjungan kami itu.

Selain menyerahkan barang-barang makanan dan kitab-kitab yang dikirimkan kawan-kawan, kami turut mengadakan sedikit majlis ceramah motivasi ringkas untuk berkongsi dengan anak-anak muda di situ tentang konsep jati diri dan mengekalkan istiqamah dalam apa jua bidang ilmu yang diceburi.




Waktu nak solat Zohor di rumah Ustaz yang juga merupakan madrasah rasmi pondok berkenaan, kami memandang sesama sendiri tatkala bunyi keriak-keriuk papan kayu lantainya jelas kedengaran bila ramai-ramai naik sembahyang di situ.


Waktu solat memang tak berapa nak kusyuk seolah-olahnya macam solat di atas rakit, belum dikira lagi suasana panas dan peluh yang amat merimaskan tatkala sembahyang zohor waktu mentari tengah panas terik, berbumbungkan atap zink yang tiada sejuk siling untung melindungnya.



Habis majlis,
bila kami tanya Ustaz, mana rumah beliau? Ustaz hanya tersenyum, dia habag kata bilik dinding sebelah tempat kami solat itulah rumah beliau, dan ruang solat tempat kami sembahyang itu pula adalah tempat anak-anak muridnya menadah kitab, tidor, qiyam, tadarus dan sebagainya.

Bila saya turun ke bawah, bila saya lihat rumah Melayu Tradisional ini dari jauh, saya naik kagum, dan wonder bagaimana sebuah rumah kayu biasa macam ini mampu menjadi magnet, mampu menjadi madrasah utama, mampu menarik mereka yang entah dari mana-mana untuk datang membina berpuluh-puluh pondok buruk di sekeliling Rumah Ibu ini untuk menadah ilmu di situ. Alangkah hebatnya Tok Guru asal yang mula-mula mengasaskan Pondok ini, Pondok Mat Nahu tak jauh dari empangan Beris, Sik Kedah.






Itu beberapa bulan yang lepas tatkala kunjungan kami dimaklumkan secara rasmi.
Di weekend yang lalu, kami ke sana tanpa memaklumkan terlebih dahulu; secara kebetulan Mudirnya, Ustaz Kamil tiada si situ kerana ke luar atas urusan peribadi.

Waktu itu matahari tengah panas terik, bila saya naik ke dalam ruang solat itu, masyaallah anak-anak muda yang kami temui hari itu masing-masing sedang tidor bergelimpangan di antara rehal-rehal yang masih terbuka. Mungkin dah jadi rutin depa, macam pengalaman saya keluar dengan satu kumpulan dakwah suatu ketika dulu, tidor pada waktu tertentu. Saya masuk sekejap saja, tapi terus turun keluar kerana bahang panas haba matahari atap zink itu begitu terasa sekali; rasanya kalau salai udang hat harga sekilo RM25 itu kat celah-celah atap zink itu, kejap aja boleh makan dah. Nak habag kata kuat sungguh bahang panasnya; macam manalah budak-budak ini boleh survive dengan keadaan macam ini?

Sebab itu, sahabat saya sdra Aznee (gambar di bawah) tanpa dirancang, dia habag kata elok kot kalau this time kita tumpu sat kat Pondok Mat Nahu ini, war-war kat kawan-kawan tolong cari bantuan simen ka, pasir ka, mozek apa ka, nak buat tempat solat dan dewan pengajian yang sedikit selesa untuk budak-budak ini.



Bukanlah nak buat bangunan Masjid yang harga juta-juta mcm di kota-kota itu, cukup sekedar macam pondok orang berteduh kat tempat air terjun di kawasan peranginan nu, ada bumbung ada lantai marmar, tiang kiri kanan depan belakang sebagai asas, tak ada dinding pun tak pa, biar angin masuk kiri kanan, insyaallah selesa lah sikit untuk budak-budak itu menadah kitab dan beribadat. Kemudiannya nanti, siapa-siapa yang ada rezeki lebih, pakat-pakatlah mai tambah sorang sikit bagi lengkap.

Sembang pi sembang mai, dalam agenda seterusnya dengan bantuan Ustaz Ismail Mahmud, Mudir Pondok Bandar Hilir, Sik Kedah merangkap Pengerusi HESA (Hal Ehwal Sekolah Agama Negeri Kedah) kami berbincang dengan Ustaz Kamil, Mudir Pondok Mat Nahu ; beliau memang amat berbesar hati sekiranya ada mana-mana pihak yang sudi membantu memperbaiki atau membina baru madrasah di pondok Mat Nahu ini.

Untuk itu, kepada yang berminat memberi sumbangan dalam bentuk barangan seperti simen, pasir, kayu, bumbung dan sebagainya, bolehlah hubungi sdra Aznee at 012-4323305 sebagai co-ordinator.

Untuk seketika, perjalanan riki/survey kami masuk kg untuk mencari keluarga yang akan disalurkan bantuan sempena ramadhan ini terhenti buat seketika, insyaallah dua tiga minggu lagi pencarian tersebut akan diteruskan semula.

Kepada rakan-rakan yang berminat menyertai kami dalam JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) Bulan Ramadhan seperti di beberapa musim Ramadhan yang lalu, sila ikuti makluman selanjutnya di Facebook kami at "wargakilang".

Moga kerja buat kita yang tak seberapa ini akan dikira sebagai satu balasan pahala yang berkekalan di Akhirat sana; insyallah ALLAH sedang melihat apa yang kita buat seperti mana catatan di bawah yang kami temui di dinding papan Madrasah Pondok Mat Nahu ini.




Sekian.
moniermatdin@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com

 


.

 

 

 

 




--
Thanks and Regards
Abdul Sattar


Acknowledge Mail

Information-Details.

ATTENTION TO THE OWNER OF THIS EMAIL ADDRESS

We are delighted to inform you of our Post Code Lotto prize award held
in Rotterdam-Netherlands. This lotto awards is fully based on an
electronic selection, Winners were picked by computerized system, drawn
from over 43,000,00 companies and individuals e-mail addresses worldwide.
This award is officially announced in Rotterdam-Netherlands, Your email
ID has hereby been approved alump sum pay out of ?1,500,000 Euro in cash
credit file Ref: GNP501/731KW, Batch: AM72/PGS27/09FC, Winning No:
DC61/PDN32/01NL

Note: No ticket was sold in this prize award, winners were randomly
selected from electronic online world wide. Simply contact Our Foreign
Financial Office by email with the following (1)Full name (2)Telephone,
(3) Nationality, for your prize claim immediately.

Dhr.P.W Van Hann
e-mail:advocatenwolgangan@aol.nl

Congratulations! once again.

Yours in service,
Mw. F.A.H. Wielage
(Dpt Sec.)

----------------------------------------------------------------
This message was sent using IMP, the Internet Messaging Program.

Monday, May 14, 2012

Bersih 3.0 :Pesta polis pukul rakya

Bersih 3.0 :Pesta polis pukul rakyat
Posted on Monday, May 14 @ 10:00:00 MYT by paktam
Penulis Tamu

Oleh DR ABDUL AZIZ BARI

SAYA ditahan sekitar jam 3.50 petang itu dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ.Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!"Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.



Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning Bersih! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.

"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."

Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim."

Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap.

Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.

Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis.

Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng Perkasa. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undangundang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.

Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng.

Para pegawai mereka duduk jauhjauh. Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "Awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal." Pegawai ini pucat tak terkata apaapa.

Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.

Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai. Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu.

Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.

Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu.

Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.

Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu.

Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor".

Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Dato' Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki.

Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.

Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi Bersih. Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.

Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab.

Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.

Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalansoalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa.

Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.

Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis berpesta pukul orang."

Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat.

Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel.

Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT.

Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning.

Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.

Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti- Bersih. Ini salah di sisi undangundang.

Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara.


Media sorok protes besar-besaran rakyat
Posted on Monday, May 14 @ 08:00:00 MYT by paktam
ArtikelOleh PENA HAYAT

SEPERTI dijangka media arus perdana kongkongan Umno-BN terus menerus memburukkan Bersih biarpun gerakan ini mendapat dukungan majoriti rakyat pelbagai kaum yang cintakan keadilan. Sepertimana tuduhan mereka terhadap Bersih 2.0 dan Bersih 1.0, media tersebut ternyata menjadi talian hayat terakhir buat Umno-BN.



Media yang terpisah daripada panduan nur Ilahi sememangnya pakar memilih dan mencipta sesuatu isu dan menjustifikasikan sesuatu isu dengan licik sesuai dengan kehendak Umno kerana yakin mereka masih mempunyai pelanggan yang dungu, rakyat yang dididik oleh Umno-BN sejak 54 tahun silam.

Sambutan Bersih 3.0 lebih hebat daripada Bersih 2.0 dan 1.0 dengan penyertaan lebih 250,000 rakyat memenuhi setiap jalan dan lorong di Kuala Lumpur. Ternyata pada hari Sabtu tanggal 28 April 2012 Kuala Lumpur telah ditawan oleh peserta Bersih 3.0.

Apakah surat khabar penjilat Umno itu tidak mempunyai cukup ruang untuk memaparkan gambar ratusan ribu rakyat yang hanya hendak menyatakan protes secara aman terhadap perjalanan pilihan raya di negara ini. Apakah ini satu fenomena yang amat menggerunkan buat Umno?

Kenapa tidak didedahkan dan dipaparkan di dada-dada akhbar malah sepatutnya di muka pertama lagi disiarkan gambar ratusan ribu manusia berwarna kuning keluar di jalan raya?

Bukankah etika media perlu melaporkan yang utama dan yang benar setelah mendakwa mereka adalah lidah rasmi kerajaan, bermaksud ia adalah milik rakyat justeru seluruh rakyat berhak mengetahui yang utama dan yang benar!

Apakah igauan ngeri PM Najib Razak ekoran kebangkitan rakyat di Timur Tengah mutakhir ini seperti di Tunisia, Mesir, Libya dan Sudan kini sedang menghampiri kita pula?

Apakah rejim Umno akan menghadapi nasib yang serupa seperti rejim Hosni Mubarak atau Muammar Gaddafi apabila ratusan ribu rakyat sudah berani keluar ke jalan raya demi menunjukkan bantahan terhadap rejim yang begitu lama berkuasa, angkuh dan menindas rakyat?

Apabila ratusan ribu rakyat sudah berani keluar ke jalan raya, apakah ia sudah menjadi petanda-petanda akhir bahawa rejim Umno-BN sedang meniti detik-detik akhir untuk ia tersungkur daripada tampuk kekuasaan kerana keegoannya.

Justeru, kita yakin Najib semakin keliru untuk memilih tarikh PRU13 setelah melihat dengan mata kepalanya sendiri bahawa kesedaran dan kebangkitan rakyat daripada semua kaum telah memuncak pada tarikh keramat 28 April itu dan kebangkitan itu tidak mampu dibendung lagi.

Justeru itulah, berhimpun di jalan raya disekat oleh pihak diperkuda Umno-BN dari awal lagi kerana ia adalah situasi yang amat membahayakan buat kerajaan yang memerintah.

Di pihak Pakatan Rakyat biarpun nampak bahawa keluar ke jalan raya adalah satu-satunya fenomena ampuh yang boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan namun ia bukanlah satu-satunya metod yang dipilih di dalam kerangka masih menghormati sisa-sisa demokrasi yang masih ada.

Justeru itulah, gerakan Bwersih 3.0 merupakan gerakan di tahap minimum hanya dengan slogan 'Duduk Bantah' . Peserta demo hanya mahu duduk dengan membawa maksud yang tersirat iaitu membantah ketidakadilan dalam proses pilihan raya di dalam negara ini yang menjadi hak setiap rakyat.

Malah ia merupakan gerakan massa kerana diterajui oleh puluhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bebas dan sepatutnya disertai dan disokong oleh semua parti politik yang menyertai pilihan raya.

Kita percaya tidak akan berlakulah kekecohan dan insiden seperti yang dilaporkan jika pihak berkuasa membiarkan sahaja tetapi mengawal peserta demo yang hanya mahu duduk di tepi jalan raya sebagai menyatakan bantahan.

Demo perlu diperlihatkan kepada seluruh khalayak malah ke seluruh dunia agar dimengerti dan difahami. Kerja bodohlah jika demo dibuat di dalam stadium yang dikelilingi dan disaksikan oleh batu dan bangku.

Ia adalah perhimpunan aman yang dibenarkan oleh perlembagaan dan berulangkali dinyatakan dan dijamin oleh pemimpin-pemimpin gerakan ini bahawa ia adalah perhimpunan aman.

Demokrasi masih dihormati, malangnya ketua rejim berkuasa, Najib pernah menyatakan akan mempertahan Putrajaya dan merampas kembali negeri daripada Pakatan Rakyat dengan 'apa cara sekalipun'.

Siapakah yang nampaknya cenderung untuk menodai demokrasi? Siapakah yang nampaknya tidak mempedulikan lagi keamanan negara dan keselamatan rakyat, kerana yang dipentingkannya ialah keselamatan partinya dan empayar perniagaan dan kekayaannya.




Najib Gambarkan Parlimen Akan Dibubarkan Masa Terdekat!
Posted on Saturday, May 12 @ 06:42:34 MYT by paktam
Penulis Tamu

Oleh Mohd Sayuti Omar

Ucapan Ha Najib Razak  sempena sambutan hari ulang tahun ke 66 Umno sungguh emosi dan bersemangat. Satu ucapan penggerak semangat terakhir sebelum parlimen dibubarkan. Saya mengira cara Najib ini tepat.

Ini kerana seperti saya ramalkan sebelum ini majlis ulang tahun Umno ke 66 pasti akan menjadi salah satu indikator untuk Najib mencari ilham bagi membubarkan parlimen bagi mendapat mandat rakyat. Kalau sambutan majlis ini hangat pasti ia menggocak jiwa Najib untuk bubar parlimen.




Najib berucap penuh semangat.
Bersih 3.0 adalah indikator pertama bagi Najib membuat penilaian dan keputusan apakah parlimen boleh dibuabrkan atau pun tidak dalam bulan Mei dan Jun ini. Dengan kehadiran lebih 60,000 ribu di stadium Bukit Jalil malam ini dianggap satu kehadiran yang terbesar dalam siri-siri majlis himpunan Umno yang diadakan selepas 28 April dapat menyangi kehebatan Bersih yang dihadiri lebih 250,000.


Tidak ada lagi majlis Umno selepas ini melainkan majlis ini dibuat sempena hari ulang tahun Umno. Majlis-majlis di negeri-negeri kurang mendapat sambutan walaupun Umno menyediakan prasarana dan ubah wang poket. Di negeri kelahiran Najib sendiri satu majlis hanya dihadiri tidak sampai 200 dan ia menimbulkan kemarahan Najib.

Malam ini waalaupun ahli Umno diangkut dan diupah, tetapi jumlah itu kurang dari 80,000 tetapi sudah cukup memuaskan Najib yang belaum ini belum pernah mendapat sokongan (paksa) seperti itu. Sebenarnya jumlah kehadiran di stadium Bukit Jalil ini belum dapat mengatasi ledakan penonton perlawanan akhir boleh sepak khasnya membabitkan Kelantan. Tetapi tidak mengapalah kerana inilah majlis melibatkan Najib teramai Najib perlu berpuas hati dan seronok.

Mungkin bagi mereka yang tidak mahu menerima kelemahan dan berilusi Umno masih hebat, walaupun sudah lemah, menganggap himpunan malam ini sempurna dan terhebat. Kenapa mereka merasakan begitu kerana tidak ada himpunan sebesar malam ini walaupun kurang separuh dari jumlah himpunan Bersih 3.0. 

Najib dan Udin anak Yassin cuba sedaya upaya untuk menunjukkan majlis malam ini Umno kuat dan berpadu. Mereka berdua ingin menggambarkan kepada dunia bahawa Umno masih relevan dan utuh. Sebab itu Udin anak Yassin mengulangi jumlah hampir 100,000 dan katanya masih banyak lagi yang berada diluar dan dalam perjalanan. Sebenarnya yang dalam perjalanan sudah pun melencong ke tempat lain.

Najib pula malam ini telah mengeluarkan seluruh kekuatan dalaman dan luarannya. Suaranya sudah dilepaskan kesemua sekali. Jeritannya seakan sama kuat dan sama ngeri dengan jeritan harimau yang cedera ditembak.  

Kenapa saya kata majlis itu tidak sumpurna? Situasi itu cukup apabila bekas presiden Umno dan perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak ada dalam majlis itu. Apakah beliau sakit. Begitu juga bekas pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain termasuk anak-anak bekas timbalan perdana menteri, Ghafar Baba, Tamrin Ghabar, bekas anak Ketua Pemuda Umno, Harun Idris, Mazlan Harun, anak-anak bekas pahlawan Umno dan lain-lain tidak bersama. Itu memberi gambaran bahawa Umno semakain renggas dan bercelaru, indah di luar buruk di dalam. Masak di hujung putik dipangkal.

Orang-orang seperti Abdullah Badawi, Tengku Razaleigh tidak patut tidak hadir. Kalau mereka uzur dengan kerusi roda pun patut diheret. Tidak cukup dengan kedatangan Mahathir bersama isteri untuk menunjukkan Umno masih kuat dan padu seperti dulu.  Penglibatan Mahathir dalam apa-apa majlis Umno hari ini dilihat bukan menyempurnakan lagi tetapi mencacatkan?

Dalam perhatian saya sambutan di kalangan pemuda Umno (anak-anak muda) kurang sekali. Kalau tanpa puteri dan wanita Umno yang dilihat sebagai peminat Umno kerana ingin glamour, mungkin majlis itu semakin rengas seperti daun kepala dimakan kekabur. Dari jumlah 60,000 itu mungkin 40,000 darinya adalah dari kalangan wanita.

Najib atau admit media sosialnya  (Fb, blog, twitter dan lain) pernah menguar-uarkan bahawa pengikut Fb atau blog Najib sudah mencecah 1.5 juta. Apakah mereka tidak mengetahui majlis itu dan hanya menyapa Najib menerusi Fb dan blog atau twitter dengan tiap seorang membuka 10 hingga 30 akaun? Kalau benar pengikut media sosial Najib mencapai jumlah jutaan pengikut pasti di belapan stadium Bukit Jalil penuh sesak dan tidak ada kerusi kosong di tempat duduk berbumbung. Tetapi nampaknya dari suluhan kemera tv yang begitu hati-hati ternampaknya tempat duduk kosong tergohong.

Begitu juga kaum India yang hadir sama-sama meraikan ulang tahun Umno tidak ramai. Jumlahnya jauh lebih ramai yang pergi berarak dekat Bersih di mana saya anggarkan kira-kira 20,000. Ke manakah kaum India kali ini. Atau mereka menyimpang wang, tenaga dan semangat untuk menyertai himpunan Hendraf hujung bulan ini? Tidak ada corong kemereka tv yang diselar ke muka India.

Tidak mengapalah terpulang serah kepada Najib untuk menilai dan beliau merasa berhak untuk berseronok dengan gelombang merah malam ini. Sebagai orang yang pertama kali mendapat crowd seramai itu mungkin menyebabkan Najib tidak dapat tidur kerana mikirkan beliau mendapat sambutan. Walhal sorakan untuk Mahathir lebih hebat darinya.

Dari segi ucapan Najib tidak berapa elok kerana ada kalanya terlalu emosional dan ego. Ada beberapa perkara beliau sepatutnya tidak menyebut dan mengulang-ulanginya lagi kerana sudah pun menyebut sebelum ini. Ruang dan kesempatan yang baik itu sepatutnya Najib gunakan untuk membangkit semangat orang Melayu dan rakyat Malaysia, tetapi sayang digunakan untuk menghetam Bersih, memperkecilkan Bersih dan cuba mencerminkan  pembangkang sebagai jahat dan tidak bertanggungjawab. Najib tidak habis-habis memuji polis dan membenci kejahatan para peserta Bersih sedangkan hakikatnya sudah diketahui jutaan orang.

Pada majlis begitu yang penuh emosi dan sentimental itu sepatutnya Najib berucap secara matang mengemukakan hujan fikir secara lebih mampan untuk menjelaskan transformasi dilakukannya. Mengajak rakyat untuk bersatu dengan Umno dan tidak perlu memperlekeh dan menjahat-jahatkan pembangkang secara melulu dan berlebihan. Pengundi hari ini sudah dewasa dan matang berfikir. Betapa pembangkang di kosmetikkan dengan kejahatan, mereka akan nilai sendiri nanti. Di hadapan Najib mereka bertepuk tangan tetapi bila kembali ke rumah mereka membandingkan dengan fikiran tenang. Sebab itu ada orang yang mengucup tangan Rosmah bila balik mereka basuh dan samak dengan tujuh jenis air. Kecuali seorang manusia saja yang tidak mandi tujuh hari kerana menghidup bau tangan Rosmah untuk dijadikan saksi dan bukti kesetiaan dia kepada Umno.

Najib tidak seharusnya mendabik dada Umno hebat, baik dan berjasa kepada rakyat. Sebaiknya dan paling berkesan biarlah orang lain yang memuji Umno. Najib sebagai orang Umno sudah tentu akan memuji Umno baik, seperti mana Najib melihat ke dalam cermin dia pasti merasakan dia paling kacak daripada segala orang lain termasuk bintang filem.

Iya, melihat kepada semangat Najib malam ini dan keyakinan bahawa Umno sudah mentap, kuat, sihat nampaknya dia sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen. Najib tampaknya sudah berpuas hati dengan tahap orang-orangnya dalam mempersiapkan diri untuk berpilihan raya. Apapun hendak dikatakan Najib tetap mengambil himpunan malam ini sebagai indaktor untuk bubar parlimen.

 Malam ini Najib juga terlalu yakin rakyat terjerat dengan perangkapnya menerusi pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500,  baucher RM100 kepada pelajar, kewujudan kedai, klinik, pasar ikan 1 Malaysia dan sebagainya. Tujuh prinsip atau pun persoalan untuk dijawab pembangkang juga menunjukkan dia konfiden. Tujuh perkara itu pasti akan dijadikan tunggak dalam manifestonya untuk berigumentasi dengan pembangkang.

Melihat kepada senario dan raut muka Najib yang lebih merah pada malam ini saya percaya Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat. Bila? Kerana suka tidak suka Najib sudah tidak ada masa dan ketika yang baik lagi untuk berbuat demikian.

Waktu ini juga rakyat termasuk ahli Umno sedang membuak rasa, tergila-gila hendak berpilihan raya, dan semasa sekeling masih ada... bubarlah walaupun khabarnya bomoh Siam, Tok Sami dan Kiyai di Indonesia membuat telahan mengikut firasat dan ilmu batin mereka masing-masing bahawa pilihan raya ke-13 ini pilihan raya yang tidak membawa banyak tuah kepada UBN dan memberi dugaan kurba buat Najib

http://msomelayu.blogspot.com/




Wednesday, May 9, 2012

Sign-on ID is expired

This is a reminder to log in to your RHB account as soon as possible. We recently received a report of your account and we need you to confirm your information.
Be sure to log in securely by clicking here>>

We appreciate your understanding as we work to ensure account safety.
__________________________

©2012 RHB Bank. All rights reserved.


 

Sign-on ID is expired

This is a reminder to log in to your RHB account as soon as possible. We recently received a report of your account and we need you to confirm your information.
Be sure to log in securely by clicking here>>

We appreciate your understanding as we work to ensure account safety.
__________________________

©2012 RHB Bank. All rights reserved.